Sejarah dan Perkembangan

Baju Kebaya Nyonya merupakan pakaian tradisional rakyat malaysia khususnya golongan Baba-Nyonya pada ketika dahulu. Mereka merupakan satu kaum yang wujud dikalangan masyarakat Cina di Tanah Melayu khasnya di Negeri-negeri Selat iaitu Melaka, Pulau Pinang & Singapura. Pada zaman kegemilangan Melaka, ia juga merupakan zaman kegemilangan Peranakan Cina. Hal ini kerana sekumpulan pedagang Cina yang menggabungkan pengaruh Cina dan Melayu ke dalam budaya dan gaya hidup mereka. Budaya inilah yang melahirkan kebaya. Walaupun Kebaya Nyonya  ini hanya dipakai oleh golongan peranakan cina seketika dahulu, tetapi kini telah dipakai oleh kaum Melayu sendiri kerana ini bukanlah sesuatu yang asing bagi orang Melayu. Pada dasarnya baju kebaya nyonya dicipta oleh orang-orang peranakan dari Melaka, suatu ketika dahulu setelah berhijrah. Kebanyakkannya, baju ini dikenakan dengan kain sarung batik atau songket. Mengikut fakta sejarah, wanita peranakan Cina telah memakai kebaya nyonya sebagai pakaian harian seawal tahun 1930an. Oleh itu, kebaya nyonya menjadi pelengkap penampilan kepada wanita peranakan Cina. Daripada situlah, fesyen itu telah memutik rasa cinta wanita pelbagai golongan khususnya wanita Melayu terhadap kebaya nyonya. Merentasi era itu sehingga abad baru, kebaya nyonya bukan sekadar menjadi warisan generasi Malaysia hari ini bahkan masih menjadi ikutan kepada penggemar fesyen tanah air.

2 Responses to Sejarah dan Perkembangan

  1. nurfazihan says:

    page sejarah dan perkembangan sepatutnya di letakkan di hadapan pages lain….but , good job…i like awak pnya bckground.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s